Isnin, 29 Oktober 2007

Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,





Buat semua muslimin dan muslimat selamat menyambut hari lebaran, maaf zahir dan batin. Semoga lebaran yang disambut mendatangkan rahmat serta dapat merapatkan tali silaturrahim antara kita sesama umat Islam. Buat semua saya Norman, penyedia blog ini mengucapkan selamat melayari blog ;

Litttle Kenyalang Taste- merupakan blog yang menyediakan resepi-resepi istimewa dari pelbagai jenis kek-kek pilihan dari negeri sarawak seperti beraneka kek lapis, kek lapis roll yang beraneka corak dan warna.


Bagi mereka yang mengemari kek kukus terdapat pelbagai resipi menarik yang disediakan seperti kek buah-buahan, kek lapis kukus, kek kukus mint, kek kukus coklat dan pelbagai lagi jenis kek pilihan hati.

....setiap kek mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan pasti memikat hati...anda juga berpeluang untuk membuat tempahan kek kegemaran anda, belajar cara membuat kek serta mendapatkan resepi serta rahsia membuat kek, supaya kek yang akan anda hasilkan lebih lembut dan lazat.

Di samping itu, anda juga berpeluang untuk membeli serta melihat produk tradisional seperti ukiran tangan etnik dari negeri sarawak, pelbagai jenis kain pua' kumbu, kain batik sarawak, hiasan badan tradisional dan pelbagai barangan menarik dari negeri sarawak.

Sekian,

Selamat Melayari Blog ini.

**untuk sebarang pertanyaan sila emailkan ke angker2007@gmail.com

Terima Kasih

Tiada ulasan: