Salam Sejahtera,
Kek lapis roll adalah antara kek lapis yang bersaiz kecil dan mempunyai pelbagai jenis corak dan beraneka perisa. Boleh didapi dalam perisa strawberry, peanut butter, keladi dan pelbagai perisa mengikut kreativiti si pembuat kek tersebut.
Kek lapis roll juga direka dengan pelbagai jenis rebentuk yang menarik dan kreatif. Ianya terpulang kepada si pembuat kek melalui kreativiti tersendiri samada dalam corak bunga-bungaan seperti corak bunga tulip dan pelbagai lagi, bentuk kreatif buatan manusia seperti sampul surat, baju kurung, baju melayu, corak X, kereta, ketupat satey, ketupat satey bertangkai mahupun corak hati/love.
Kepelbagaian rasa dan corak ini mampu memberi keceriaan serta keunikan ketika kek lapis roll dihidangkan kepada tetamu sama ada di majlis hari jadi, sesuai untuk hantaran pertunangan/perkahwinan, hidangan untuk tetamu dirumah/pejabat, minum petang mahupun sebagai cenderahati untuk rakan-rakan. Keunikan rupabentuk corak, kepelbagaian warna serta rasanya menyebabkan kek lapis roll merupakan pilihan tepat bagi anda yang mencari kelainan dalam citarasa.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan